Malaysia dan senario kita

Assalamualaikum dan salam perjuangan..

Hari ni aku nak tulis pasai negara kita la ni..
mengikut pada pandangan aku yg nampak tak betui ni aku cuma nak tulis pasai apa negara kita nampak teruk dengan politik yg kotor mcm ni.. ok mengikut huraian aku ni mungkin korang akan nmpak apa situasi sebenar kita

mengikut hierarki yg aku lukis ni, aku akan jelaskan dengan lebih lanjut

  • mengikut sejarah setiap tamadun mempunyai hierarki hidup dalam konteks sosial, dan yg berada diatas sekali adalah para pemimpin yg sikit bilangannya berbanding dengan golongan yg berada dibawah.
  • bahagian puak BN pulak terdiri dari pemimpin bawahan, para peniaga, profesional hinggalah ke rakyat bawahan
  • Puak PR juga terdiri dari pemimpin bawahan, para peniaga, profesional hinggalah ke rakyat bawahan
  • golongan neutral adalah mereka yg berada ditengah2 tanpa berpihak pada parti sebaliknya berfikiran secara waras bagi memilih pemimpin yg dirasai berkaliber bagi memacu ekonomi dan segalanya untuk mereka
SITUASI

  1. Para pemimpin yg berada diatas amat gembira sekali samada mereka ini betul atau salah kerana dari segi ekonominya mereka adalah golongan dimana wang adalah dunia mereka.
  2. golongan penyokong PR atau BN adalah golongan yg teruk dikudakan oleh para pemimpin mereka untuk mencapai matlamat dalam pemerintahan, so mereka tidak akan diam selagi pemimpin mereka tidak menang
  3. Neutral paling teruk dibelasah mengikut hierarki ini kerana apabila gajah bergaduh(merujuk BN & PR) mereka inilah yg selalunya mati
  4. CHAOS- situasi dimana golongan selain 1 mula bergaduh,menimbulkan huru hara, berdemonstrasi dan rasa yg tidak puas hati meluap2 dalam menegakkan kebenaran yg dirasakan mereka benar. (akibatnya runtuh negara tapi boleh membawa sinar baru kepada rakyanya)
PENYELESAIAN

Penyelesaian yang amat mudah adalah berbalik kepada yg satu atau yg haq dan maha mengetahui dan telah menurunkan kitab yg didalamnya panduan dalam kita menghadapi alam duniawi ini..

Pilihlah pemimpin yg kamu rasa berjaya dalam hidupnya.
  1. Pemimpin keluarga yg bagus(mengikut agama Allah *tgk pada isteri dan anak2*, benar, dan berhikmah)
  2. Berjiwa rakyat,sederhana dalam hidupnya
  3. sentiasa bersedekah dan menjaga saudaranya(Tidak beriman seseorg itu apabila ia tidak menjaga saudaranya sepertimana ia menjaga dirinya sendiri)
  4. sentiasa peka dengan keadaan semasa
  5. menjaga anak bangsa agar menjadi bangsa yg berjaya(Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yg mengubahnya sendiri )
  6. Adakah mereka ini menunaikan zakat??
  7. Amanah
Sekian Wassalam


No comments:

Post a Comment

 
View blog authority
View technorati.com